SEJARAH
PENUBUHAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN KOTA
JAYA
Sekolah
Kebangsaan Kota Jaya mula dibuka pada 1 Disember 1994. Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar
Kota Tinggi. Sekolah ini diapit oleh 3
buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Sekolah
Menengah Teknik Kota Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Laksamana Kota Tinggi. Walaupun sekolah ini terletak di Jalan Bunga
Raya, Kota Kecil, namun pada asalnya pelajar-pelajar di sekolah ini adalah
terdiri daripada anak-anak penghuni perumahan Taman Kota Jaya yang
berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.
Sekolah Kebangsaan Kota Jaya dibina
di atas kawasan seluas 2 ekar. Ia
terdiri daripada 2 blok bangunan tiga tingkat dan sebuah kantin. Sekolah ini juga mempunyai 4 kelas Pendidikan
Khas untuk pelajar bermasalah pembelajaran di Kota Tinggi. Kelas Pendidikan Khas ini telah berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Kota Jaya pada tahun 1997 dari Sekolah Kebangsaan Bandar
Kota Tinggi.
Mulai tahun 2002, Sekolah Kebangsaan
Kota Jaya telah mengalami perubahan yang ketara di mana pengurangan murid
berlaku iaitu dari 785 orang kepada 440 orang.
Ini disebabkan pelajar-pelajarnya yang beralamat di Taman Kota Jaya
telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya yang baru dibuka mulai
tahun 2002. Pada ketika itu murid-murid
Sekolah Kebangsaan Kota Jaya terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar
Kampung Jawa, Berek JKR, Taman Kota, Batu 2, Taman Hijrah dan Berek Polis.
Pada ………… nama Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah
ditukarkan secara rasmi kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang Kota Tinggi
mengambil sempena nama Tokoh Sasterawan Negara yang berasal dari Tanjung Sedili
Kota Tinggi.
SEJARAH
GURU BESAR SK DATUK USMAN AWANG KOTA TINGGI
Encik Mohd Don
bin Hj. Samian merupakan Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kota Jaya. Beliau telah bertugas dari 1 Disember 1994
hingga 27 Februari 1996. Bermula dari 15 kelas dan bilangan murid seramai
545 orang, guru seramai 28 orang dan kakitangan sekolah seramai 3 orang. Pada tanggal 11 April 1996, sekolah
ini telah bertukar Guru Besar baru iaitu Encik Mohd Noor bin Mohd Yassin
hinggalah 15 Jun 2000.
Guru Besar ketiga ialah Encik Roslan
bin Hayon dari 16 Jun 2000 hingga 15 Mei 2001 kemudian diganti pula oleh Puan
Saodah bte Abd. Aziz mulai 17 Mei 2001 hingga 31 Mei 2002. Bermula pada 1 Jun 2002 hingga 30 Jun 2004,
sekolah ini dipimpin oleh Encik Abdul Rasid bin Talib. Walaupun sentiasa bertukar Guru Besar, namun Sekolah
Kebangsaan Kota Jaya tetap unggul dan sering kali mencipta kejayaan demi
kejayaan contohnya, memenangi anugerah tempat ketiga Sekolah Harapan Negara
Peringkat Negeri Johor 2001 dan anugerah akademik terbaik daerah Kota Tinggi
2002.
Pada 1 Julai 2004 seorang guru yang
cukup sinonim dengan Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah diberikan amanah
sebagai Guru Besar. Beliau ialah Tuan
Haji Ali bin Jaafar yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kota Jaya sejak
ia ditubuhkan pada tahun 1994. Pada
ketika itu beliau memegang jawatan Guru Penolong Kanan 1 lantikan dalaman,
kemudian sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu.
Pada awal perlantikannya sebagai Guru Besar, beliau ditugaskan di
Sekolah Kebangsaan Kledang (1 Jun 2004 hingga 30 Jun 2004). 1 Julai 2004 merupakan tarikh permulaan
beliau kembali ke Sekolah Kebangsaan Kota Jaya sebagai seorang Guru Besar. Pada 30 September 2011 Tuan Haji Ali bin
Jaafar telah bersara dan tempatnya digantikan oleh Puan Hajah Aziah binti
Samsudin sebagai Guru Besar yang ketujuh Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang
yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi.